new look..

Wednesday, May 12, 2010


..atas inisiatif Cikgu Saiful yang menggunakan khidmat warga Sweden untuk membuat lakaran di bangunan Prasekolah agar kelihatan lebih menarik...biarlah berbelanja sedikit agar keceriaan prasekolah Pulau Larapan dapat diserlahkan

Asrama PraSekolah Pertama Negara RM2juta akan dibina..

Thursday, February 11, 2010


.. "Penyediaan kemudahan asrama berkenaan adalah salah satu usaha bagi menyediakan peluang pendidikan kepada anak-anak pulau supaya mereka memperolehi pendidikan seperti rakan mereka di bandar.

"Kita tahu ramai ibu bapa sukar menghantar anak-anak ke prasekolah kerana ada pulau yang agak jauh dan perlu menaiki bot serta mengambil masa agak lama untuk keluar dari pulau berkenaan.

"Untuk memudahkan anak-anak mereka mendapat pendidikan prasekolah, kita bina asrama ini yang bernilai RM2 juta," katanya.

>>klik link topik untuk berita penuh

PraSKPL era 2010..

Alhamdulillaah..syukur atas segala ni'matNya jua yang membenarkan laluan fasa 1 PraSKPL selamat ditempuhi - permulaan pembukaan 2009! Kini kesedaran ibubapa Kg. Pulau Larapan semakin melonjak untuk bersama menerima cabaran seterusnya bagi membangun prasekolah pulau ke mercu tanda yang boleh dibanggakan suatu masa kelak mendatang - insyaAllah..

Majlis Konvo PRAsekolah PPD semporna 2009

Saturday, November 7, 2009

Diadakan pada 04 Nov bertempat di Dewan SMK Abdullah 2, Semporna. Seramai 23 orang anak-anak PraSKPL telah layak di'graduasi'kan sesi akademik 2009.

Wajah-wajah graduasi 2009:



Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2009



klik link topik untuk berita penuh..

..terkini

Monday, June 15, 2009


wajah kelas prasekolah pada Jun 2009

Karnival Prasekolah Daerah Semporna 2009

Tuesday, May 19, 2009

PraSKPL buat kali pertamanya akan menghantar kontinjen seramai 8 orang ke karnival Sukan Prasekolah Daerah Semporna 2009 sejak prasekolah pulau dibuka, yang akan diadakan 2 hari di SK Bugaya bermula 21 hingga 22 Mei. Latihan yang dijalankan sebelum kejohanan berlangsung bagi mempersiapkan stamina kontinjen berada pada tahap impak maksima..PPM akan mempastikan kalori yang cukup setiap pagi dalam menunya agar tenaga sentiasa berbekal buat ahli kontinjen sulong praskpl ini..

Pasukan PraSKPL berjaya mendapat Johan Acara Bowling padang Individu Perempuan,  Erniatinie Yusnita Natasya bt Yusran - akan mewakili Daerah Peringkat Zon Daerah 28 Mei di Padang SK Simunul

Yuran penyertaan telah ditetapkan oleh urusetia karnival sebanyak RM100 bagi setiap kontinjen. Hingga Mei, praskpl masih belum menerima tuntutan peruntukan pra, masalah juga dibuatnya..kos semakin bulan semakin meningkat..mohon laa semua pihak berkaitan dapatlah kiranya bat apa yang patut... 

..bersedia untuk acara perbarisan pembukaan


'coach' yang gigih melatih pasukan


..kegigihan anggota pasukan membawa kepada Johan Acara